Time:

Your teams:
Communication
Public account
  PRO Zone
1330 credits
Buy credits
You are in the public account. If you want to play the game or join in the discussion, you have to log in. If you are a new user, you must register first.

  PowerPlay Magazine

Musim Baru Bola Keranjang dan keputusan Pungutan Suara


Hi kawan-kawan,

kita berada dalam hari-hari terakhir musim 12 dalam bola keranjang seperti yang anda mungkin tahu dan musim baru akan bermula Isnin depan. Jangan lupa bahawa walaupun musim kelab akan berakhir, masih ada Piala Dunia yang akan berlangsung dan anda boleh menonton semua permainan secara langsung dengan percuma. Beberapa hari terakhir musim ini juga penting untuk masa depan kelab anda untuk anda pilih penaja untuk musim yang akan datang.

Seperti biasa, akan ada liga penyusunan semula di negara-negara terpilih untuk mengeluarkan pasukan yang tidak aktif dari bahagian bawah dua peringkat liga. Penyusunan semula liga adalah seperti di negara-negara berikut:

Argentina, Austria, Belarus, Belgium, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Canada, Czech Republic, Estonia, Greece, Hungary, Iran, Italy, Netherlands, Norway, Other World, Poland, Portugal, Switzerland, Turkey, United Kingdom, Venezuela

Sekiranya anda menandatangani kontrak penajaan dengan bonus dan berlakunya perpindahan ke liga yang berbeza semasa liga penyusunan semula, jangan panik. Anda akan mempunyai pilihan untuk merundingkan semula kontrak anda semasa 2 hari pertama musim baru nanti supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat. Semaklah lawan baru anda sebelum anda membuat keputusan.

Keputusan pungutan suara Bola Baling

Minggu lepas kami meminta anda untuk mengundi dalam satu tinjauan apa yang patut kita buat berkenaan ekonomi dalam bola baling. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas undian anda semua. Kami telah menerima lebih daripada 1700 jawapan yang agak baik dan kita telah pun mengesahkan keputusannya.

  • 72% berfikir bahawa ekonomi perlu diubah
  • 78% berfikir bahawa gaji pemain perlu dikurangkan
  • 53% berfikir bahawa mereka perlu kurangkan peratusan yang sama untuk setiap pemain
  • 77% berfikir bahawa perubahan perlu diperkenalkan secepat yang mungkin

Terima kasih juga untuk semua yang komen di bawah artikel berita dari minggu lepas. Secara peribadi, saya telah membaca kebanyakan pendapat anda dan ramai daripada anda telah menyampaikan beberapa perkara yang baik yang menyokong dan juga menentang perubahan.Walau bagaimanapun, perubahan memang perlu untuk menjaga kualiti bola baling berterusan dan mengekalkan asas yang kukuh untuk pengurus. Kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa bola baling akan kekal sebagai cabaran untuk anda walaupun selepas perubahan berlaku. Anda tidak perlu bimbang bahawa kemaskini ini akan membuatkan permainan menjadi terlalu mudah.

Buat masa sekarang kita akan mengambil sedikit masa untuk mengetahui dengan tepat berapa banyak yang kita perlu untuk memotong daripada gaji pemain. Yang akan menjadi satu-satunya perubahan yang kita akan lakukan dan ia akan diperkenalkan tidak lagi pada musim ini, mungkin dalam masa beberapa minggu lagi. Kami akan memberikan anda amaran terlebih dahulu. Perubahan ini hanya akan memberi kesan kepada kontrak baru.

Itu sahaja, Semoga anda ceria selalu!




This article is available in these languages:
Español, Chile Español, Argentina العربية Беларуская Български Bosanski Čeština Dansk Deutsch Ελληνικά English Español, España Eesti Suomi Vlaams 
Français עברית Hrvatski Magyar Italiano Lietuvių Latviešu Nederlands Norsk Português, Brasil Polski Português Română Русский 
Slovenčina Slovenščina Српски Svenska Українська 中文 

Share on Facebook   Share on Twitter   Share on MySpace