Time:

Your teams:
Communication
Public account
  PRO Zone
1330 credits
Buy credits
You are in the public account. If you want to play the game or join in the discussion, you have to log in. If you are a new user, you must register first.

  PowerPlay Magazine

Penggabungan Liga


Hi kawan-kawan,

kita tidak lama lagi akan memasuki musim ke-20 dalam bola sepak dan ia adalah masanya untuk membuat persiapan. Ia juga adalah masa untuk beberapa kejohanan pasukan kebangsaan seperti PPM Football Challenge Cup atau U20 dan U17 Piala Dunia. Ikuti semua perlawanan secara langsung dengan percuma!

Seperti yang anda tahu, persaingan di sesetengah negara agak kurang dan permainan untuk sebilangan kecil pengurus yang masih lagi tinggal didalam liga ini sudah tidak lagi menarik. Itulah sebabnya kita telah membuat keputusan untuk menggabungkan beberapa liga kebangsaan ke liga Eropah. Ini akan membantu bukan sahaja pengurus dalam negara-negara ini, tetapi juga mereka yang berada di liga Eropah. Berikut adalah senarai liga yang akan digabungkan:

  • Australia akan digabungkan dengan Oceania
  • Chinese Taipei, India, Indonesia, Japan dan Malaysia akan digabungkan dengan Asia
  • Macedonia, Moldova, Montenegro, Norway dan Scotland akan digabungkan dengan Europe
  • Paraguay akan digabungkan dengan South America

Pasukan dalam liga Eropah akan kekal dalam liga mereka (atau di mana mereka telah dinaikkan/diturunkan) dan pasukan dari negara-negara lain akan mengisi slot kosong yang ada menggantikan tempat pasukan yang tidak aktif. Ianya mungkin boleh berlaku kepada anda yang akan dipindahkan ke liga yang lebih rendahtetapi pengalaman permainan anda boleh ditingkatkan dan sekiranya anda sudah cukup kuat, tiada masalah bagi anda untuk mendapatkan kembali tahap di mana anda berada sebelum ini.

Perubahan ini tidak akan memberi kesan kepada pasukan kebangsaan. Jadi anda tidak perlu bimbang tentang pasukan kebangsaan.

Terdapat juga penyusunan semula liga di negara-negara yang dipilih dalam usaha untuk menghapuskan pasukan yang tidak aktif dari bahagian bawah dua peringkat negara-negara ini untuk membuatkan permainan yang lebih berdaya saing. Berikut adalah senarai negara-negara yang kami telah pilih musim ini:

Africa, Austria, Belarus, Belgium, Bosnia and Herzegovina, Canada, Chile, China, Czech Republic, Estonia, France, Greece, Hungary, Latvia, Lithuania, Mexico, Morocco, Netherlands, North America, Poland, Saudi Arabia, Serbia, Slovakia, Slovenia, Spain, Switzerland, Turkey, Uruguay, USA

Perhatian, jika berlaku kepada anda berpindah ke liga yang berbeza semasa liga penyusunan semula ini dan anda telah memilih penaja tawaran dengan bonus prestasi, anda tidak ada perlu bimbang. Anda akan mendapat peluang untuk beralih kepada penaja tawaran biasa atau mengubah kedudukan sasaran anda untuk bonus semasa 2 hari pertama musim baru nanti.

Semoga berjaya dalam musim yang baru!




This article is available in these languages:
Español, Chile Español, Argentina Беларуская Български Bosanski Crnogorski Čeština Dansk Deutsch Ελληνικά English Español, España Eesti Suomi Vlaams 
Français עברית Hrvatski Magyar Italiano Lietuvių Latviešu Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina 
Српски Svenska Українська 中文 

Share on Facebook   Share on Twitter   Share on MySpace