Bapa hoki - Peter Šťastný

Peter Šťastný
  - Ahli NHL dan IIHF Dewan Kenangan
  - Juara dunia tiga kali
  - Pemenang Piala Calder

"Pengurus PowerPlay mempromosikan sukan yang digemari saya - hoki - seluruh dunia. Sebagai bapa permandian yang bagus saya berharap projek ini mempunyai banyak kejayaan dan peminat yang setia."

Peter Stastny adalah ikon hoki dunia yang mampu untuk menjadi terkenal dahulu di Eropah dan kemudian di Amerika Utara di masa apabila dunia dibahagikan kepada dua blok musuh. Pada 1998 dia menjadi salah satu orang Eropah yang dimasukkan ke dalam Hall Of Fame Hoki di Toronto. Dua tahun kemudian dia menjadi ahli Hall Of Fame IIHF.

Beliau adalah satu-satunya pemain dalam sejarah yang mewakili tiga negara (Czechoslovakia, Kanada dan Slovakia). Dalam ais antarabangsa beliau memenangi emas dua kali di Kejohanan Dunia sebagai seorang pemain dengan Czechoslovakia (1976, 1977) dan kemudian pada tahun 2002 sebagai pengurus umum untuk pasukan kebangsaan Slovakia. Pada tahun 1980 beliau membelot ke Kanada dengan abangnya Anton dan mereka berdua menandatangani kontrak dengan Quebec Noediques.Satu tahun kemudian mereka disertai dengan abang sulun mereka Marian dan bersama-sama membentuk salah satu barisan terbaik dalam liga.Peter tidak mengambil masa yang lama untuk menjadikan dirinya sebagai bintang liga.Beliau memenangi Piala Calder untuk pemain muda terbaik di musim NHL pertamanya .109 matanya berdiri sebagai rekod pemain muda sehingga 1993.Peter memperoleh kewarganegaraan Kanada dan pada tahun 1984 dia merupakan ahli barisan bintang Kanada yang menang di Piala Kanada.Dalam puncak kerjayanya beliau menjadi kapten pasukan Slovakia di Sukan Olimpik di Lillehammer (1994) dan pada tahun 1995 beliau berperanan penting dalam membawa Slovakia ke peringkat elit Kejohanan Dunia.

Peter telah meninggalkan kesan besar dalam NHL dan hanya Wayne Gretzky mengumpul mata yang lebih banyak daripadanya pada tahun 1980-an. Meskipun demikian, beliau tidak pernah berjaya untuk memenangi Piala Stanley yang diimpikan.Selain dari Quebec, dia juga bermain untuk New Jersey Devils dan St. Louis Blues.Secara keseluruhan beliau merekodkan 977 perlawanan dan 1239 mata untuk 450 gol dan 789 bantuan pada musim biasa. Dalam playoff beliau muncul dalam 93 perlawanan dan mengumpulkan 105 mata untuk 33 gol dan 72 bantuan.Beliau telah memecahkan 100-mata maksimum dalam satu musim tujuh kali.

Sekarang beliau berharap bahawa anaknya Paul, memakai jersi dengan nombor yang sama seperti ayahnya (26), dapat mencapai apa yang beliau tidak boleh. Paul bermain untuk francais sama seperti ayahnya walaupun sekarang dipanggil Colorado Avalanche.Abang Paul Yan juga muncul dalam NHL.Kedua-keduanya telah mewakili USA di Kejohanan Dunia.


Ketua perbadanan hoki di Slovenia