Masa:

Pasukan anda:
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1330 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Majalah PowerPlay

Piala Liga dan berita lain


 

Hi kawan-kawan,

terdapat banyak perkara untuk diberitahu pada hari ini. Saya akan mulakan dengan tajuk utama. Pada masa ini kami telah menyediakan satu pertandingan baru yang akan membuatkan setiap penghujung musim lebih menarik untuk anda. Ia akan dipanggil Piala Liga. Bagaimana ia berfungsi? 16 pasukan teratas dari setiap liga akan bermain dalam pertandingan kalah mati di mana satu perlawanan untuk setiap pusingan untuk 4 pusingan. Pasukan yang berjaya, semestinya akan mendapat trofi yang baik. Pasukan ini juga akan melayakkan diri untuk Piala SuperLiga yang akan bermula pada musim yang seterusnya di mana ia juga merupakan pertandingan kalah mati, tetapi dengan penyertaan dari seluruh dunia.

Penambahan baru ini bukan sahaja dapat mengisi kekosongan pada setiap penghujung musim, bahkan dapat membuatkan pasukan yang lemah lebih berminat untuk bertarung untuk mendapat tempat dalam pertandingan ini atau untuk medapatkan kelebihan di tempat sendiri ( yang selalu diberikan kepada 'seed' yang lebih tinggi). Ini juga bermakna tidak kira di liga mana anda berada, anda tetap mempunyai peluang untuk bersaing di peringkat antarabangsa. 

League Cup

Sebagaimana yang anda tahu, perkembangan pasukan kebangsaan telah mencapai fasa cubaan. Tidak lama lagi, anda boleh menyatakan sokongan anda kepada pengurus yang anda rasa boleh menjadi pengurus pasukan kebangsaan yang baik. Undian keutamaan ini akan kemudian menjadi penting untuk setiap calon untuk melayakkan diri dalam 10 teratas. Setelah mendapat maklum balas dari beberapa pengguna kami telah memutuskan untuk menjadikan jangka waktu menjadi pengurus pasukan kebangsaan kepada 2 musim dengan pilihan untuk membuat undian baru selepas 1 musim jika anda, komuniti, merasakan perubahan perlu dibuat.

Kami juga merancang untuk mengumpulkan semua pasukan dari liga yang rendah dalam semua negara. Kami akan mengisi semua liga dalam liga peringkat kedua terendah dalam negara itu dengan pasukan aktif dari liga peringkat terendah. Jika tidak cukup ruang, Kami akan mengambil pasukan yang mempunyai OTR tertinggi. Jika anda berada di dalam salah satu peringkat bawah itu, bersedia untuk perubahan.

Kempen Rujukan Hebat adalah, semestinya, masih berjalan. Ingat bahawa anda hanya perlu mendapat 20 point sahaja untuk mendapat peluang memenangi Nintendo Wii. Kami juga mempunyai bonus istimewa untuk anda. Pengguna yang mendapat rujukan yang disahkan paling banyak hari Rabu ini (27 Julai) akan mendapat baju-T PowerPlay Manager. Kaunter bermula pada tengah malam CET dan habis 24 jam kemudian.

Yang terakhir, kami telah menambah beberapa pembatasan untuk keselamatan pada khidmat penjaga akaun. Sebagai contoh penjaga akaun tidak boleh menggunakan sebarang khidmat kredit atau menghapuskan pasukan pengguna atau menyambungkan akaun dengan akaun facebooknya

Itu sahaja, semoga berjaya!                                                                                 

 

 

 




Artikel ini terdapat dalam bahasa ini:
Español, Chile Español, Argentina العربية Български Bosanski Čeština Dansk Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français Hrvatski 
Magyar Italiano 日本語 Latviešu Nederlands Norsk Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina Српски 
Svenska Українська 中文 

Kongsi di Facebook   Kongsi di Twitter   Kongsi di MySpace