Musim ke 30 Bermula Isnin
Hi Semua,
sukar untuk mempercayainya, tetapi kita akan memasuki musim ke-30 dalam hoki minggu depan. Jika anda bermain permainan dari awal, anda mungkin telah melalui beberapa generasi pemain-pemain sekarang ini. Tetapi jangan lupa bahawa ada beberapa perkara yang perlu dilakukan musim ini sebelum ianya berakhir. Dan saya bercakap mengenai tawaran penaja, sudah tentu, dan juga mengenai Kejohanan Dunia.
Kami juga akan memberikan anda senarai liga negara-negara yang akan disusun semula pada akhir musim ini. Ianya adalah seperti berikut:
Belarus, Czech Republic, France, Italy, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Spain, Ukraine
Penyusunan semula Liga adalah satu mekanisme yang menghapuskan pasukan-pasukan yang tidak aktif dari dua peringkat liga bawah supaya ianya dapat meningkatkan daya saing dalam liga ini.
Sekiranya anda menandatangani kontrak penajaan dengan bonus dan berlakunya perpindahan ke liga yang berbeza semasa reorganisasi liga, anda jangan risau. Anda akan mempunyai pilihan untuk merundingkan semula kontrak anda semasa 2 hari pertama musim baru nanti supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat. Semak lawan baru anda dahulu sebelum membuat keputusan.
Itu sahaja, Semoga bergembira!
Delen op Facebook Delen op Twitter Delen op MySpace