زمان:

Your teams:
ارتباط
Public account
  بخش پرو
اعتبار 1330
خرید اعتبار
شما در حساب کاربری عمومی هستید. اگر می خواهید بازی کنید و یا در بحث شرکت کنید، باید وارد حساب کاربری خود شوید. اگر شما یک کاربر جدید هستید، اول باید ثبت نام کنید

  PowerPlay مجله

Cabutan kelayakan piala dunia akan diadakan hari ini!


Tuan-tuan dan puan-puan,

Hari ini kita akan dapat menyaksikan cabutan pertama untuk kelayakan piala dunia bola sepak PPM. Cabutan akan dibuat di laman Facebook kami pada jam 16.00 CET. Anda dijemput hadir untuk menyaksikan detik bersejerah tersebut.

Terdapat tepat 50 pasukan kebangsaan di sini, PPM dan mereka semua akan mengambil bahagian dalam kelayakan global yang akan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Terdapat 6 kumpulan dengan 6 pasukan dan 2 kumpulan dengan 7 pasukan. 4 pasukan dari setiap kumpulan akan maju ke perlawanan akhir Piala Dunia.

Pasukan telah dibahagikan kepada 7 pots mengikut bilangan pasukan bola sepak di negara yang diberikan.

  • Pot 1: CZE, SVK, POL, HUN, ARG, CRO, LAT, ROU
  • Pot 2: ESP, BIH, SRB, BRA, GER, RUS, SWE, FRA
  • Pot 3: SLO, TUR, FIN, ITA, UKR, BUL, POR, ENG
  • Pot 4: SWI, USA, LTU, NED, CAN, AUT, BLR, GRE
  • Pot 5: BEL, DEN, CHN, CHI, VEN, EST, URU, NOR
  • Pot 6: COL, ISR, MEX, MKD, IRL, PER, MNE, SCO
  • Pot 7: KSA, MDA
Pusingan kelayakan bermula pada 22 Oktober iaitu pada minggu ke 8 musim ini. Separuh pertama akan dimain 6 kali berturut-turut pada hari sabtu di musim ini. Separuh kedua pula akan dimainkan pada minggu ke 8 hingga minggu ke 13. Kejohanan Piala Dunia itu sendiri akan dimainkan dalam minggu terakhir musim ke 6.
                         
Saya juga gembira untuk mempersembahkan produk yang akan tersedia di kedai peminat PPM yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kebanyakan produk-produk ini akan disesuaikan untuk menambah nama samaran atau bendera negara anda. Produk magnet akan boleh didapati dalam lebih banyak bahasa.

Polo Cap

Sekian, jangan terlepas cabutan tersebut dan selamat bergembira di hujung minggu.




این مقاله در این زبانها قابل دسترس است:
Español, Chile Español, Argentina العربية Беларуская Български Bosanski Čeština Dansk Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français 
Hrvatski Magyar Italiano 日本語 Lietuvių Latviešu Nederlands Norsk Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina 
Slovenščina Српски Svenska Українська 中文 

اشتراک در فیس بووک   اشتراک در توویتر   MySpace اشتراک در