Peluang yang unik untuk mendapatkan kredit
Hello semua,
Kami sedang menganalisa situasi dan berfikir bahagian permainan atau corak yang manakah yang paling tidak digemari oleh pengguna kami. Kami telah menhasilkan konklusi bahawa ia mesti banner terapung yang kelihatan pada semua skrin pengguna bukan pro. Kami mengingati kesemua tindak balas negatif terhadap perlaksanaannya dan kami akhirnya berasa keselesaan anda lebih penting bagi kami daripada wang yang diperoleh hasil banner ini. Oleh itu, kami telah memutuskan untuk membuang banner ini walaupun kerugian kewangan. Projek ini masih memerlukan duit untuk tetap berjalan dan oleh itu, kami berharap untuk sokongan anda yang berterusan. Sebagai contoh, dengan merujuk permainan ini kepada orang lain dan dengan menolong menambahkan jumlah kami.
Dan itulah sebab kami menamakan Oktober sebagai bulan rujukan. Untuk anda, ini melambangkan peluang yang hebat untuk mendapatkan kredit dan untuk kami cara untuk berkembang. Selalunya anda mendapat 5% daripada kredit yang dibeli oleh rujukan anda tambah 3 kredit untuk setiap pengurus yang mencapai 51 pengalaman. Pada Oktober, anda boleh mendapat lebih banyak. Peraturannya adalah seperti berikut:
- Setiap pengguna yang mendapat sekurangnya 10 rujukan dengan e-mel yang disahkan pada bulan Oktober, akan mendapat 1 kredit untuk setiap rujukan yang disahkan (kami telah menambah maklumat sama ada rujukan itu disahkan atau tidak di senarai rujukan).
- Tiga pemburu rujukan teratas pada penghujung bulan akan mendapat cenderamata PPM.
- Bonus biasa untuk rujukan akan tetap berkesan, jadi anda boleh mendapat lebih banyak jika pengguna membeli kredit.
Saya tidak mencadangkan menipu kerana ketua permainan kami akan menyemak semua rujukan dan anda boleh hilang akaun anda kerana cubaan penipuan. Kami akan membuat anda post di kedudukan pertengahan sepanjang bulan di berita.
Anda boleh mendapat rujukan dengan beberapa cara. Sebagai contoh denagn menghantar e-mel kepada rakan anda, dengan meletakkan link rujukan anda di forum sukan dll. Anda boleh mencari arahan lebih lanjut bagaimana hendak membuat ini dengan link rujukan anda di sini:
http://ppm.powerplaymanager.com/en/propagation.html
Sekali lagi, saya ingin meminta anda mengklik "like" di link berikut jika anda belum berbuat demikian. Anda perlu berada di Facebook untuk memberi vote anda. Kami akan sangat menghargainya:
http://www.podeltesaouspech.sk/najlepsie/1#uspech/457
Anda juga boleh berkongsi link dengan kawan anda di Facebook. Kami sedang berada di tempat ketiga dalam pertandingan. Dengan sokongan anda kami dapat memenangi sebanyak 30 ads billboard di Slovakia. Terima kasih.
Selamat memburu!