Musim Baru Akan Datang
Hai kawan-kawan,
adakah anda sudah bersedia untuk musim yang lain? Sebaiknya anda perlu bersedia kerana ianya akan bermula Isnin depan. Pastikan anda memilih penaja yang terbaik untuk kelab anda dalam beberapa hari lagi dan juga jangan lupa untuk menyokong pasukan kebangsaan anda di Kejohanan Dunia.
Seperti biasa, kami akan melakukan penyusunan semula liga di negara-negara terpilih untuk membuang pasukan yang tidak aktif dari dua peringkat liga terbawah. Penyusunan semula liga adalah seperti di negara-negara berikut:
Belgium, Bosnia and Herzegovina, Czech Republic, Denmark, Switzerland
Sekiranya anda menandatangani kontrak penajaan dengan bonus dan anda berpindah ke liga yang lain semasa penyusunan semula liga, jangan bimbang. Anda akan mempunyai pilihan untuk merundingkan semula kontrak anda selama 2 hari pertama musim baru sehingga anda dapat membuat pilihan yang tepat. Periksa lawan baru anda sebelum anda membuat keputusan.
Semoga berjaya di musim yang baru!


































Facebook da dərc etmək Twitter də dərc etmək MySpace də dərc etmək