Masa:

Pasukan anda:
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1330 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Majalah PowerPlay

Peningkatan enjin perlawanan


Hi kalian,
 
Saya membawa anda beberapa berita menarik hari ini. Kami telah menganalisis statistik perlawanan setakat ini dalam bola sepak PPM dan kami juga telah simulasikan beribu perlawanan dalam simulator kami untuk meningkatkan enjin permainan. Kami akhirnya memutuskan untuk membuat beberapa perubahan. Hal ini tidak mudah sebenarnya. Setiap perubahan kami buat mempengaruhi bahagian lain enjin. Akhirnya kami mampu mencari kesimbangan yang memuaskan hati kami. Berikut merupakan senarai perkara yang telah diubah:
  • penambahan jumlah tembakan secara keseluruhan (ini bermakna lebih banyak peluang, lebih banyak gol dan juga lebih sedikit gangguan)
  • pengurangan jumlah tendangan bebas 
  • pengurangan peratus gol tendangan bebas
  • pengurangan jumlah tendangan sudut
  • pengurangan peratus gol tendangan sudut
  • pengurangan jumlah penalti 
Semua perubahan ini telah dibuat untuk membuat permainan lebih sama dangan realiti. Kami telah membandingkan statistik dari PPM dengan statistik dari bola sepak sebenar dan mendasarkan perubahan pada itu.
 
Enjin yang dipertingkatkan memberi pengurus kawalan yang lebih bagus atas keputusan pasukannya. Banyak gol secara automatik mengurangkan gangguan, tetapi ingat bahawa gangguan akan selalu menjadi sebahagian dari permainan. Ini juga bermakna pengurangan seri(terutamanya seri 0-0). Paling penting, jumlah tembakan yang lebih tinggi memberikan pasukan yang lebih baik lebih banyak peluang untuk skor untuk menterjemah kelebihan mereka ke dalam gol.
 
Dalam berita lain kami telah membuat beberapa perubahan kecil. Pertama sekali adalah bila anda membayar pinjaman sebelum waktunya, ia tidak berlaku segera. Pinjaman akan dibayar dalam masa 1 jam pada waktu ketika pemindahan diproses. Ini untuk mengelakkan kes bila pinjaman dibayar beberapa kali kerana pengguna klik butang lebih dari sekali. Yang kedua adalah anda harus menyimpan perubahan yang anda buat untuk latihan dalam pusat pendidikan. Sehingga sekarang laman akan refresh setiap kali anda membuat perubahan. Ini lebih user friendly.
 
Ada 11 hari lagi dalam Bulan Rujukan. Berikut merupakan top 10 setakat ini. Ingat bahawa anda menerima 1 kredit untuk setiap rujukan yang disahkan setelah anda mencecah 10 rujukan. Top 3 juga akan menerima cenderahati PPM.
 
1  Holypaladin 401
2  Zikij 197
3  jackass9 156
4  marceloflm 142
5  eldorado 121
6  JosipDumancic 113
7  acko83 104
8  lucka17 76
9  pepo487 67
10  Ptak666 57
 
NBA prediction pool telah dilancarkan hari ini. Pendaftaran adalah percuma dan hadiah akan dipilih dan ditaja oleh kami.
 
Kami ingin mengucapkan terima kasih untuk sokongan anda dalam perjuangan kami untuk menang papan iklan dalam Slovakia. Terima kasih untuk undian anda, kami berakhir di tempat kedua dan memenangi 20 papan iklan. Berikut merupakan pengesahan:
 
 
Terima kasih banyak untuk semua yang mengambil bahagian dalam ini!



Artikel ini terdapat dalam bahasa ini:
Español, Chile Español, Argentina Български Bosanski Čeština Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français Hrvatski Magyar Italiano 
Lietuvių Latviešu Mакедонски Nederlands Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina Српски Svenska Türkçe 
Українська 中文 

Kongsi di Facebook   Kongsi di Twitter   Kongsi di MySpace