时间:

您的球队:
交流
Public account
  PRO区
1330个信用点
购买信用点
你当前正在使用公共账号。如果想进行比赛或是加入讨论,你需要登陆。如果你是新玩家,请先进行注册。

  PowerPlay 杂志

Improved match report and substitutions


Hai kawan,

Saya fikir anda telah menyedari penambahan terbaru ke dalam laporan perlawanan. Kebanyakan dari anda telah meminta kami untuk menerbitkan taktik digunakan oleh kedua-dua pasukan dan laporan perlawananan. Sekarang, akhirnya, anda akan dapat untuk menganalisasi taktik digunakan oleh pasukan anda dan lawan anda. Anda juga boleh melihat semula taktik digunakan dalam perlwananan sebelumnya (sepanjang masa kembali sehingga 25 November) dan menganalisasi taktik manakah yang bagus untuk pasukan anda atau taktik manakah yang berkesan terhadap lawan tertentu.

Untuk sekarang, kami hanya memaparkan gaya permainan, intesiti dan gaya bermain pertahanan. Pilihan taktikal seperti penggunaan perangkap offside , kecenderungan serangan dan keganasan boleh diteka dari maklumat lain yang ditunjukkan dalam laporan perlawanan. Terdapat sesetengah orang yang lebih suka menyimpan pilihan taktik sebagai rahsia dan orang lain yang ingin memberikannya seperti di atas pinggan. Ini adalah kompromi antara menunjukkan segalanya dan menunjukkan tiada apa-apa. Lihat bagaimana perkara ini berkesan dan kemudian kami boleh menilai apakah ada keperluan untuk maklumat yang lebih atau tidak.

Terakhir sekali kami mengumumkan pelaksanaan subtitusi bersyarat. Berdasarkan cadangan dari beberapa pengguna,kami telah boleh membuat satu perubahan kecil, tetapi berguna . Pilihan untuk membuat subtitusi dalam kes kad merah untuk pasukan anda telah ditambah ke menu pull-down sebagai minit. Ini bermakna subtitusi akan berlaku selepas kad merah untuk pemain anda tidak kira bila kad merah diberikan (kecuali dalam minit terakhir permainan, di mana tiada masa lagi untuk subtitusi). Kelebihan lain daripada ini adalah anda bsekaran boleh menggabungkan pilihan ini dengan pilihan "Perbezaan gol X atau lebih" dan "Perbezaan gol X atau kurang".

Pada 19 November, telah menukar pengiraan anggaran kualiti untuk membuang bug yang telah dilaporkan (pengguna dengan efisien siasatan yang tinggi boleh melihat kualiti terperinci pemain yang tidak disiasat ). Anda mungkin telah menyedari penukaran ini. Namun, penyimpangan maksimum dari kualiti yang betul telah ditukar seiring dengan itu. Untuk esok, kami akan menukar smula penyimpangan maksimum kembali ke tahap sama sebelum 19 November, tetapi kali ini tanpa bug tersebut.

Seperti yang dikatakan beberapa minggu lalu, kami telah menghentikan kerjasama kami dengan salah satu pembekal pembayaran SMS kami. Pembayaran SMS sekarang hanya ada dalam Slovakia, Republik Czech dan Poland pada 30 November.

Akhir sekali, kami ingin memberitahu anda bahawa programmer lama kami, pemaju dan pereka grafik, DebiK, telah berpisah dengan PowerPlay Manager. Sumbangan terakhir dia adalah subtitusi yang disebutkan di atas dan tambahan laporan perlawanan. Kami ingin mengucapkan terima kasih dengan cara ini untuk segala kerja dia telah lakukan untuk projek ini dan semoga berjaya dalam kehidupan profesional dan peribad. Dia telah menjadi sebahagian pasukan kami hampir sejak permulaan dan ini semestinya satu kehilangan besar.

Itu sahaja, nikmati hari yang indah!

 

 

 




这篇文章有下列语言的版本:
Español, Chile Español, Argentina Беларуская Български Bosanski Čeština Deutsch English Español, España Eesti Suomi Français Hrvatski Magyar Italiano 
Lietuvių Latviešu Mакедонски Nederlands Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina Српски Svenska Українська 
中文 

在Facebook 上分享   在Twitter 上分享   在MySpace 上分享