Bersedia Untuk Musim 25
Hai semua,
musim 25 bermula Isnin depan dan ianya hampir seperempat abad dalam jangka masa permainan. Masa benar-benar cepat berlalu dalam bola keranjang. Jika anda ingin berjaya, anda perlu memberi perhatian dalam beberapa hari akan datang untuk tawaran tajaan anda, jadi pastikan anda tidak terlepas peluang. Anda juga boleh menghabiskan beberapa hari terakhir musim untuk menonton Piala Dunia.
Seperti biasa, kami akan menyusun semula liga di negara-negara terpilih untuk menghapuskan pasukan-pasukan yang tidak aktif dari dua peringkat liga. Penyusunan semula liga adalah seperti di negara-negara berikut:
Argentina, Bosnia and Herzegovina, Bulgaria, Canada, Other World, Slovenia, Sweden, Turkey, USA, Venezuela
Sekiranya anda menandatangani kontrak penajaan dengan bonus dan berlakunya perpindahan ke liga yang berbeza semasa penyusunan semula liga, jangan bimbang. Anda akan mempunyai pilihan untuk merundingkan semula kontrak anda semasa 2 hari pertama musim baru supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat. Semak lawan baru anda sebelum membuat keputusan.
Semoga anda semua berjaya!






























Condividi su Facebook Condividi su Twitter Condividi su MySpace