时间:

您的球队:
交流
Public account
  PRO区
1330个信用点
购买信用点
你当前正在使用公共账号。如果想进行比赛或是加入讨论,你需要登陆。如果你是新玩家,请先进行注册。

  PowerPlay 杂志

Seterusnya adalah Bola Baling


Hi kawan-kawan,

Bola Baling seterusnya akan menjadi sukan yang akan dilancarkan disini di PowerPlay Manager. Anda mungkin pernah terbaca di Facebook sejurus selepas ia diumumkan di perjumpaan rasmi PPM di Brno, Republik Czech, jumaat lepas. Perjumpaan itu merekodkan sebanyak 63 pegurus hadir.

Kami sedar yang ini mungkin akan memeranjatkan anda. Kami telah berfikir panjang dan lama tentang arah masa depan permainan ini dan apa yang terbaik untuk permainan ini. Ini adalah beberapa sebab kami memilih sukan ini.

 

  1. Ini adalah sukan yang kami fikir kami faham dari pelbagai sukan yang masih belum dibangunkan.
  2. Bola baling berkongsi banyak ciri persamaan dengan hoki dan bola sepak kerana ia adalah sukan pasukan. Oleh itu pembangunan ia akan menjadi lebih pantas dari tenis atau formula. Kepantasan adalah segalanya untuk kami yang cuba mengekalkan permainan ini hidup dan maju.
  3. Bola baling popular di negara dimana terdapat dikebanyakan negara pengurus yang aktif.
Sekarang ini saya pasti yang anda akan tanya bila anda boleh bermain bola baling. Anggaran yang paling hampir adalah kami boleh lancarkan versi beta untuk permainan tersebut pada awal tahun hadapan. Sudah tentu, ini akan bergantung pada faktor-faktor lain dan ini tidak bermakna pembangunan hoki dan bola sepak akan dihentikan. Kami masih ada cabaran besar untuk memajukan enjin bola sepak.

 

Perjumpaan di Brno bukan sahaj melihatkan pengumuman bersejarah ini, tetapi juga penyerahan (video disini) trofi pada Juara Dunia Ais Hoki - opox. Tahniah kepada beliau, penolong pengurusnya dan seluruh komuniti Czech pada emas ketiga mereka untuk 4 musim yang lepas. Ini benar-benar satu pencapaian yang luar biasa.

Selepas sehari, terdapat satu lagi perjumpaan di Ljubljana, Slovenia, dimana hadirnya 2 dari 3 peneroka PPM (tuttle dan maxo), Pengaturcara Msyho dan diri saya sendiri. Ini benar-benar hujung minggu yang penuh aksi.

   Yang terakhir adalah pengumuman untuk mereka yang mahu bercuti. Kami bercadang untuk melancarkan ciri Pek PRO baru yang membenarkan untuk menetapkan satu pengurus deputi yang akan menguruskan pasukan anda semasa ketiadaan anda. Ini akan menjadi fasa percubaan dan kemudian akan menjadi ia tersedia untuk anda.

Itu sahaja dan terima kasih!  




这篇文章有下列语言的版本:
Español, Chile Español, Argentina العربية Български Bosanski Čeština Dansk Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français Hrvatski 
Magyar Italiano 日本語 Latviešu Mакедонски Nederlands Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina Српски 
Svenska Українська 中文 

在Facebook 上分享   在Twitter 上分享   在MySpace 上分享