时间:

您的球队:
交流
Public account
  PRO区
1330个信用点
购买信用点
你当前正在使用公共账号。如果想进行比赛或是加入讨论,你需要登陆。如果你是新玩家,请先进行注册。

  PowerPlay 杂志

Harga Baru


Rakan-rakan

Pada 1 Jun 2011, akan terdapat perubahan pada harga untuk membeli credit di PowerPlay Manager. Seperti yang anda tahu, harga sama telah dikekalkan ketika sejarah projek ini berlangsung dan mereka tidak pernah menukarnya sebelum ini. Walaubagaimanapun projek ini telah berkembang dengan pesatnya dalam perbelanjaan untuk penyelenggaraan laman web dan server, pertumbuhan inflasi dan untuk membuat perkara menjadi lebih buruk ‘VAT’ atau ‘Value Added Tax’ telah dinaikkan di Slovakia. Semua ini telah membuat kami bertindak kerana kami ingin memastikan kestabilan kewangan projek sehingga dapat disambung untuk perkembangan tanpa sebarang masalah.

Biar saya meyakinkan anda bahawa harga baru tidak akan lebih tinggi secara radikal kerana kami mahukan kredit tetap mampu dibeli. Anda boleh lihat harga-harga baru dibawah :

  • 100 kredit - 10.90
  • 200 kredit - 19.90
  • 350 kredit - 29.90
  • 1400 kredit - 114.90

Jumlah kredit yang anda dapat melalui pembayaran paysafecard dan pembayaran SMS dari Slovakia, Republic Czech dan Poland juga akan diubah.

Seperti yang anda lihat, kami ingin berhubung secara terus dengan anda dan kami mengumumkan perubahan harga terlebih dahulu. Ini bermakna anda boleh mengambil peluang pada harga lama untuk beberapa minggu akan dating dan secara tidak langsung menjimatkan wang.

Penerimaan tambahan akan digunakan untuk mempercepatkan pembangunan permainan. Kami baru sahaja mengupah pengaturcara baru iaitu Peter a.k.a DevilQoOo. Setakat ini dia bekerja pada projek-projek kecil kerana dia harus membiasakan diri dengan cara kerja kami dan bagaimana system kami serta kerja-kerja database. Sebagai contoh dia sudah memprogram Lineup C dan Lineup D pilihan pakej Pro didalam hoki. Pilihan yang sama juga telah ditambah di bola sepak.

Seperti yang kami telah maklumkan pada permulaan musim hoki, kami akan melakukan langkah-langkah untuk memotivasikan pengguna untuk dipromosikan ke liga yang lebih tinggi daripada duduk di kumpulan yang lebih rendah dengan sengaja atau bahkan diturunkan dari liga dengan pilihan. Ini adalah perubahan yang akan mulai berlaku pada musim 4 dalam bola sepak (pada musim ini) dan musim 8 hoki (bukan musim ini lagi)

  1. Perbezaan besar dalam kehadiran berdasarkan tahap liga (pasukan dari liga yang lebih rendah akan mempunyai bilangan kehadiran kurang dari sekarang)
  2. Kehadiran yang lebih baik pada posisi rendah didalam kedudukan (perbezaan kecil diantara pasukan yang berada didalam liga yang sama)
  3. Pasukan yang dipromosi akan dikurangkan OTR sebanyak 20% (bukan 30%)
  4. Pasukan yang diturunkan akan dikurangkan OTR sebanyak 40% (bukan 30%)
  5. Hadiah wang akan diberikan pada pasukan yang dipromosi sama dengan hadiah wang pada liga tersebut.

 

Kami berfikir ini akan membuatkan para pengurus berfikir dua kali sekiranya mereka mahu diturunkan atau tidak. Pasukan yang terbaik sepatutnya berada di liga atas dan itu yang kita ingin capai dengan perubahan ini.

Sekarang inilah masanya untuk membuat perubahan besar pada dua projek terbesar – menaiktaraf enjin hoki dan permainan bola sepak. Kami harap bahawa kami dapat menunjukkan anda produk yang dinaiktaraf dalam waktu terdekat ini. Satu lagi projek terbesar adalah tentunya pasukan negara dalam bola sepak.

Kami juga merancang untuk mengubah kekerapan pada pemain muda dan staf. Kami mahu mereka berdua ada pada setiap minggu pada hari yang berlainan. Sudah tentu, jumlah pemain/staf dalam tarikan 1 akan dikurangkan, tetapi keseluruhan ia akan menjadi lebih menarik dapat menarik mereka setaip minggu.

Selamat menjalani hari-hari yang baik. 




这篇文章有下列语言的版本:
Español, Chile Español, Argentina Azərbaycanca Беларуская Български Bosanski Čeština Dansk Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français 
Hrvatski Magyar Italiano 日本語 Latviešu Nederlands Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina Српски 
Svenska Українська 中文 

在Facebook 上分享   在Twitter 上分享   在MySpace 上分享