时间:

您的球队:
交流
Public account
  PRO区
1330个信用点
购买信用点
你当前正在使用公共账号。如果想进行比赛或是加入讨论,你需要登陆。如果你是新玩家,请先进行注册。

  PowerPlay 杂志

Diskaun untuk panji dan penukaran nama pasukan


 

Hello kawan,

Seperti dalam hoki, kami ada diskaun untuk anda dalam bola sepak juga. Anda kini boleh jimat 33% untuk panji kelab dan penukaran nama pasukan. Harga kedua-dua ciri turun dari 30 ke 20 kredit. Anda hanya boleh menukar nama pasukan anda dalam tetapan pasukan sekali setiap musim, tetapi tiada batasan untuk jumlah panji yang anda buat untuk diri sendiri. Cuma berhati-hati bila membuatnya dan tidak menekan butang selesai sehingga anda 100% yakin bahawa panji anda siap. Bila anda menyiapkannya, ia tidak boleh ditukar.  Kedua-dua promosi berakhir Khamis depan, 2 Disember pada 15:00 CET. Jangan lepaskan peluang ini!

Tetapi ada lagi berita baik hari ini. Subtitusi bersyarat telah dilaksanakan hari ini. Kami tahu bahawa ia nampak membingungkan bila kali pertama anda melihatnya jadi saya akan cuba menerangkannya di sini cara ia berfungsi. Jika, sebagai contoh, anda menetapkan syarat "Perbezaan gol X atau lebih" dan pilih nombor -2, ia bermakna bahawa subtitusi akan berlaku jika anda ketinggalan maksimum 2 gol, tetapi juga jika perlawanan seri atau jika anda menang. Jika anda pilih nombor 2, anda akan membuat subtitusi jika anda melebihi sekurang-kurangnya 2 gol. Sama berlaku untuk pilihan "Perbezaan gol X atau kurang", tetapi ia terbalik. Perkara yang penting untuk ingat adalah nombor negatif bermakna anda ketinggalan dan nombor postif bermakna anda melebihi.

Kami telah berfikir cara untuk membuatnya mudah dan difahami dan ini perkara yang terbaik kami dapat memikirkan. Jika anda anda sebarang idea untuk meningkatkannya, sila tinggalkan mesej di bawah artikel ini.

Peningkatan kecil telah ditambah kepada analisis pasukan di mana anda boleh lihat pemain yang digantung pasukan yang dianalisis. Jenis maklumat ini adalah berguna bila anda menganalisis lawan anda.

Nikmati diskaun dan ciri baru!

 




这篇文章有下列语言的版本:
Español, Chile Español, Argentina Беларуская Български Bosanski Čeština Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français עברית Hrvatski 
Magyar Italiano Latviešu Nederlands Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina Српски Svenska Українська 
中文 

在Facebook 上分享   在Twitter 上分享   在MySpace 上分享