时间:

您的球队:
交流
Public account
  PRO区
1330个信用点
购买信用点
你当前正在使用公共账号。如果想进行比赛或是加入讨论,你需要登陆。如果你是新玩家,请先进行注册。

  PowerPlay 杂志

Pilihan raya pasukan pemuda kebangsaan


Rakan-rakan yang dihormati,

seperti yang kita janjikan beberapa minggu yang lalu, pilihan raya pertama untuk pengurus pasukan pemuda kebangsaan kini telah bermulaAnda boleh mendaftar untuk pusingan pertama pilihan raya atau jika anda tidak berminat untuk menguruskan pasukan kebangsaan, anda juga boleh mengundi calon pilihan anda.  Anda boleh mencarinya di sini Hanya memilih negara dan kategori umur pilihan anda.

Seperti biasa, anda boleh mengepos pencalonan anda dalam mana-mana negara dan mana-mana kategori umur, tetapi hanya pengurus dari negara tersebut yang hanya boleh mengundi. Sila ambil perhatian ianya adalah dilarang sama sekali untuk menghantar mesej spam kepada pengurus lain meminta undi dan kelakuan sedemikian akan menyebabkan anda hilang kelayakan daripada pilihan raya.

Pertandingan pasukan pemuda kebangsaan akan mempunyai model yang sama dengan pasukan senior.  Kelayakan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 3 pasukan teratas daripada setiap kumpulan mara ke Kejohanan Dunia. Perlawanan pertama akan berlangsung musim depan selepas pusingan kedua pilihan raya.

Semoga berjaya!




这篇文章有下列语言的版本:
Español, Chile Español, Argentina Беларуская Български Bosanski Čeština Dansk Deutsch Ελληνικά English Español, España Eesti فارسی Suomi Vlaams 
Français עברית Hrvatski Magyar Italiano Lietuvių Latviešu Mакедонски Nederlands Norsk Português, Brasil Polski Português Română 
Русский Slovenčina Slovenščina Српски Svenska Türkçe Українська 中文 

在Facebook 上分享   在Twitter 上分享   在MySpace 上分享