Време:

Твоји тимови:
Комуникација
Public account
  ПРО Зона
1330 кредита
Купи кредите
Тренутно си на јавном налогу. Ако желиш да играш игру или се придружиш дискусији, мораш се пријавити. Ако си нови корисник, мораш се прво регистровати.

  PowerPlay Магазин

Pembaharuan Pek PRO, ciri baru kredit


Hai kawan-kawan,

 

Sudah beberapa lama semenjak berita lepas, tetapi itu tidak bermakna yang kami telah lama biar. Selain daripada projek-projek jangka panjang yang berterusan, kami telah bekerja pada beberapa ciri yang mungkin berguna.

Yang pertama adalah ciri Pro yang dipanggil latihan secara automatik untuk kakitangan. Sama seperti yang anda ada pada pemain, anda akan dapat menetapkan nisbah atribut yang anda mahu pada kakitangan anda untuk mencapai dan/atau kekalkannya. Selain itu, anda akan dapat menetapkan cap untuk setiap atribut jika anda tidak mahu melatih kakitangan tersebut lagi. Ini amat berguna jika anda mahu mengelakkan gaji kakitangan anda berkembang sehingga pada tahap dimana anda tidak mampu untuk membayar mereka lagi.

Tetapi itu bukan semua, latihan automatik yang sedia ada pada pemain juga akan mendapat perubahan. Tidak lama lagi, anda akan mendapat kesenangan untuk mengubah latihan automatik buka dan tutup untuk setiap pemain secara individu tanpa kehilangan tetapan anda. Nisbah latihan yang anda tetapkan, akan di tunjukkan pada laman practice (dan pusat pembelajaran untuk kakitangan). Ini akan memberi anda gambaran ringkas pada tetapan anda. Sekiranya nombor-nombor itu terlalu mengelirukan anda, anda akan diberi tetapan untuk menutupnya dengan memaparkan versi standard halaman tersebut.

Ciri-ciri tersebut kini berada dalam fasa ujian dan akan dilancarkan dalam masa beberapa hari lagi.

Sekarang adalah untuk ciri-ciri yang telah pun dilaksanakan. Dalam bolasepak, kami telah membuat satu versi PRO pada halaman barisan pemain. Ia mengandungi satu kolum dipanggil Jenis Pemain yang membantu anda membina barisan pemain terbaik. Atribut-atribut pemain sekarang ini sudah berwarna dan sama dengan halaman latihan. Untuk melihat jenis pemain, anda perlu tetapkan mereka didalam profail-profail pemain.

Ciri-ciri baru kredit membiarkan anda mencari pihak lawan yang ada panji atau bola hoki yang tiada didalam koleksi dunia anda. Anda boleh mencari pihak lawan didalam tahap liga dan negara yang dipilih oleh anda. Jika anda mencari apa sahaja jenis pihak lawan yang ada panji dan bola hoki yang anda masih tidak dapat lagi, anda boleh menggunakan funsi pencarian dalam galeri Pengumpul. Disana anda boleh mencari 3 pihak lawan secara rawak didalam satu pencarian.

Kami juga telah memberi pilihan baru kepada para gamemaster. Mereka boleh menanda perpindahan sebagai ganti rugi. Perpindahan ini sekarang mempunyai icon khas. Samada mereka tidak diluluskan atau tidak dihukum. Walaupun para gamemasters telah membayar pampasan pemindahan selama beberapa tahun, mereka tidak mempunyai pilihan untuk memberi tanda khas pada pemindahan. Lihat peraturan untuk maklumat lebih lanjut mengapa pemindahan diganti rugi.

Yang terakhir, kami mahu meminta pertolongan anda untuk undi permainan kami disini:

Undi hoki

Undi bola sepak

Terima kasih dan selamat menjalani hari-hari yang indah!

 




Овај чланак је доступан на следећим језицима:
Español, Chile Español, Argentina Български Bosanski Čeština Dansk Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français Hrvatski Magyar 
Italiano 日本語 Latviešu Mакедонски Nederlands Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina Српски Svenska 
Українська 中文 

Подели на Facebook   Подели на Twitter   Подели на MySpace