Време:

Твоји тимови:
Комуникација
Public account
  ПРО Зона
1330 кредита
Купи кредите
Тренутно си на јавном налогу. Ако желиш да играш игру или се придружиш дискусији, мораш се пријавити. Ако си нови корисник, мораш се прво регистровати.

  PowerPlay Магазин

Latihan automatik


 

Hello kawan,

Adakah menetapkan latihan pemain anda mengambil terlalu banyak masa anda? Anda bosan dengan pengiraan atribut mana yang perlu berlatih oleh pemain anda? Jika begitu saya ada berita baik untuk anda. Satu ciri PRO baru telah dilancarkan hari ini yang akan menyelesaikan segala masalah anda dengan latihan pemain. Ia dipanggil Latihan automatik. Kami fikir sudah tiba masa kami melakukan sesuatu untuk pengguna PRO. Sesuatu yang boleh menjimatkan masa dan tenaga. Saya fikir ciri ini akan melakukannya.

Bagaimana ia berfungsi? Cuma buka salah satu profil pemain anda dan lihat pada panel kawalan di sebelah kanan. Ada pilihan untuk menambah latihan automatik. Klik saja dan anda akan lihat petak kosong di bawah setiap atribut. Sekarang masukkan nombor mengikut nisbah yang anda ingin pemain anda capai dan simpan. Sebagai contoh jika anda menetapkan Defence pada 4, Passing pada 3, Technique pada 2, pemain akan berlatih untuk mencapai nisbah 4-3-2 di antara 3 atribut ini. Jika anda tidak meletakkan nombor untuk atribut tertentu, pemain tidak akan berlatih atribut berikut.

Pemainan akan sentiasa berlatih atribut yang paling jauh dari nisbah yang diingankan. Dalam contoh di atas pemain dengan atribut 80-60-30 akan berlatih technique sehingga cecah 40. Kemudian dia akan berlatih defence,passing dan technique mengikut giliran untuk mengekalkan nisbah yang diinginkan. Ia sangat mudah. Setelah anda menetapkannya, anda tidak perlu risau tentang latihan pemain itu.

Sekarang ke berita lain. Satu peraturan baru telah diperkenalkan:

Ia adalah terlarang untuk promosi pemain atau ahli kakitangan dalam chat dengan pemain lain.

Anda boleh cari semua peraturan di sini.

Petunjuk hari ini: Anda boleh masuk prediction pool dan live scores cepat dan mudah melalui Aplikasi yang anda boleh lihat di sebelah kanan laman utama. Anda juga boleh menambah aplikasi ini ke kegemaran anda dengan klik ikon bintang dalam hujung kanan atas bila anda dalam aplikasi. Ia akan muncul dalam laman utama anda dan anda boleh masuk ke aplikasi kegemaran anda dengan satu klik.

Nikmati hari yang indah!

 




Овај чланак је доступан на следећим језицима:
Español, Chile Español, Argentina Беларуская Български Bosanski Čeština Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français Hrvatski Magyar 
Italiano Lietuvių Latviešu Mакедонски Nederlands Norsk Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina Slovenščina Српски 
Svenska Українська 中文 

Подели на Facebook   Подели на Twitter   Подели на MySpace