Timpul:

Echipele tale:
Comunicare
Public account
  Zona PRO
1330 credite
Cumpără credite
Te afli într-un cont public. Dacă doreşti să joci sau să te implici în discuţiile de pe forum, trebuie să te loghezi. Dacă eşti utilizator nou, trebuie să te înregistrezi înainte.

  Revista PowerPlay

Statistik pengguna yang baru


 

Kawan-kawan,

hari ini kami telah menambah statistik di laman Statistik. Anda boleh lihat di sini pelbagai statistik yang baru dan kedudukan dan lihat bagaimana prestasi anda berbanding pengguna lain dari seluruh dunia atau dengan pengguna dari negara anda.

Di bawah Penyokong anda boleh lihat kedudukan pengurus berdasarkan pembelian kredit paling banyak, rujukan yang paling banyak disahkan, paling banyak hari dengan langganan PRO pack, kredit paling banyak dihabiskan untuk ciri kredit, pertandingan kredit paling banyak dianjurkan dan panji/puck paling banyak dibuat. Dalam bahagian pengurus anda boleh lihat kedudukan berdasarkan pengalaman yang paling banyak diperoleh, penyertaan perjumpaan PPM paling banyak, daftar masuk paling banyak, masa paling lama dihabiskan dalam akaun pengguna dan post paling banyak dalam forum.

Terdapat satu bahagian yang menempatkan kedudukan negara berdasarkan peratusan pengguna PRO paling tinggi, pengurus paling banyak, pengumpulan statistik rujukan yang paling banyak disahkan, daftar masuk paling banyak dan masa paling lama dihabiskan dalam akaun pengguna.

Sesetengah statistik ini telah berada di situ sejak dulu, tetapi kebanyakan daripadanya adalah baru. Dalam kategori di mana boleh memenangi anugerah, terdapat juga tanda di sebelah setiap pengguna yang memenangi anugerah. Sebagai contoh kerana berjaya mendapat 500 rujukan yang disahkan, anda akan mendapat anugerah gangsa untuk profil anda. Anda boleh lihat semua anugerah yang ada di sini

Akhir sekali, kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa pengasas PPM akan mengumumkan secara rasmi rancangan mereka untuk masa depan berkenaan pembangunan sukan yang seterusnya pada perjumpaan di Brno pada 24 Jun. Semua dijemput hadir untuk menghadirkan diri pada perjumpaan ini dan jika anda ingin berada di sana, apabila nama sukan ketiga diumumkan, anda boleh mendaftarkan diri di sini.

Selamat menjalani hari yang baik!

 




Acest articol este disponibil în aceste limbi:
Español, Chile Español, Argentina العربية Български Bosanski Čeština Dansk Deutsch English Español, España Eesti Suomi Vlaams Français Hrvatski 
Magyar Italiano 日本語 Lietuvių Latviešu Mакедонски Nederlands Norsk Português, Brasil Polski Português Română Русский Slovenčina 
Slovenščina Српски Svenska Українська 中文 

Adaugă pe Facebook   Adaugă pe Twitter   Adaugă pe MySpace