Musim Bola Keranjang Baharu Akan Datang
Hai semua,
kita hanya tinggal beberapa hari lagi dari permulaan musim 40. Anda mungkin tahu apa yang perlu dilakukan. Pastikan anda log masuk esok untuk menyemak tawaran penaja baharu. Dan jangan lupa bahawa Piala Dunia sedang berlangsung sekarang dan anda boleh menonton semua perlawanan secara langsung dengan percuma.
Seperti biasa, kami akan melakukan penyusunnan semula liga di negara terpilih untuk mengeluarkan pasukan yang tidak aktif daripada dua peringkat liga terbawah. Penyusunan semula liga adalah seperti berikut:
Belarus, Croatia, Iran, Poland, Serbia, USA
Jika anda menandatangani kontrak penajaan dengan bonus dan anda kebetulan dipindahkan ke liga lain semasa penyusunan semula liga, anda jangan bimbang. Anda akan mempunyai pilihan untuk merundingkan semula kontrak anda semasa 2 hari pertama musim baharu supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat. Semak lawan baharu anda sebelum anda membuat keputusan.
Itu sahaja, semoga berjaya semua!


































Udostępnij na Facebooku Udostępnij na Twitterze Udostępnij na MySpace