Tid:

Dine lag:
Kommunikasjon
Public account
  PRO-sone
1330 kreditter
Kjøp kreditter
Du er nå inne på den offentlige kontoen. Hvis du ønsker å spille eller være med i en diskusjon, må du logge inn. Hvis du er en ny bruker må du registrere deg først.

  PowerPlay-magasinet

Musim baru, gaji pemain baru


Hi rakan-rakan,

permainan kami yang muda usianya dan paling dinamik, bola keranjang, tidak lama lagi akan memasuki musim 4. Musim baru juga akan membawa formula baru bagi pengiraan gaji pemain. Tetapi tiada apa yang perlu dibimbangkan. Formula baru mengambil kira penilaian keseluruhan pemain dan bukannya 2 ciri-ciri yang paling tinggi. Walau bagaimanapun, gaji purata pemain tidak akan banyak yang berubah. Pemain yang mempunyai satu atau dua ciri-ciri yang tinggi mungkin akan meminta wang yang kurang sedikit semasa kontrak mereka tamat. Manakala gaji pemain yang mempunyai ciri-ciri sama rata akan dinaikkan sedikit. Kami telah mengambil keputusan untuk membuat perubahan ini untuk memberi gambaran kekuatan sebenar pemain. Perubahan ini hanya akan memberi kesan kepada kontrak yang baru ditandatangani dari awal musim depan. Gaji semasa pemain akan tetap sama sehingga kontrak tamat.

Kami ingin menjemput anda untuk menonton buat pertama kalinya di PPM Basketball World Cup. Kejohanan ini telah pun bermula dan pertempuran untuk pasukan kebangsaan yang terbaik di dunia telah berlangsung. Sudah tentu semua permainan adalah percuma untuk ditonton.

Seperti biasa, akan ada pengumpulan semula liga dalam dua peringkat liga terendah untuk menghapuskan pasukan tidak aktif dan membuat permainan lebih menarik. Pengumpulan semula liga seperti di negara-negara berikut:

Argentina, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Bulgaria, China, Croatia, Czech Republic, Denmark, Estonia, Hungary, Iran, Latvia, Lithuania, Netherlands, Poland, Russia, Serbia, Slovakia, Sweden, Venezuela

Itu sahaja, Semoga hari anda akan lebih ceria!




Denne artikkelen er tilgjengelig i disse språkene:
Español, Chile Español, Argentina Беларуская Български Bosanski Crnogorski Čeština Dansk Deutsch Ελληνικά English Español, España Eesti فارسی Suomi 
Vlaams Français עברית Hrvatski Magyar Italiano Lietuvių Latviešu Nederlands Norsk Português, Brasil Polski Português Română 
Русский Slovenčina Slovenščina Српски Svenska Українська 中文 

Del på Facebook   Del på Twitter   Del på MySpace