Pilihan raya pasukan pemuda kebangsaan
Rakan-rakan yang dihormati,
seperti yang kita janjikan beberapa minggu yang lalu, pilihan raya pertama untuk pengurus pasukan pemuda kebangsaan kini telah bermula. Anda boleh mendaftar untuk pusingan pertama pilihan raya atau jika anda tidak berminat untuk menguruskan pasukan kebangsaan, anda juga boleh mengundi calon pilihan anda. Anda boleh mencarinya di sini. Hanya memilih negara dan kategori umur pilihan anda.
Seperti biasa, anda boleh mengepos pencalonan anda dalam mana-mana negara dan mana-mana kategori umur, tetapi hanya pengurus dari negara tersebut yang hanya boleh mengundi. Sila ambil perhatian ianya adalah dilarang sama sekali untuk menghantar mesej spam kepada pengurus lain meminta undi dan kelakuan sedemikian akan menyebabkan anda hilang kelayakan daripada pilihan raya.
Pertandingan pasukan pemuda kebangsaan akan mempunyai model yang sama dengan pasukan senior. Kelayakan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 3 pasukan teratas daripada setiap kumpulan mara ke Kejohanan Dunia. Perlawanan pertama akan berlangsung musim depan selepas pusingan kedua pilihan raya.
Semoga berjaya!





































Delen op Facebook Delen op Twitter Delen op MySpace