Memasuki Musim Yang Ke-20
Hi Semua,
kita hanya ada beberapa hari lagi untuk permulaan musim yang ke-20 dalam bola baling. Jangan lupa untuk memilih kontrak penaja, tawaran pertama akan bermula esok. Juga jangan lupa bahawa terdapat Kejohanan Dunia yang sedang berlangsung sekarang. Berikanlah sokongan kepada pasukan kebangsaan anda!
Tiba masanya untuk mengumumkan senarai negara-negara yang akan mengadakan penyusunan semula liga pada akhir musim ini untuk mengeluarkan pasukan-pasukan yang tidak aktif dari dua peringkat liga. Inilah senarainya:
Argentina, Austria, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Canada, Chile, Croatia, Latvia, Portugal, Turkey, Ukraine, United Kingdom, USA
Sekiranya anda menandatangani kontrak penajaan dengan bonus dan berlakunya perpindahan ke liga yang berbeza semasa penyusunan semula liga, anda jangan bimbang. Anda akan mempunyai pilihan untuk merundingkan semula kontrak anda semasa 2 hari pertama musim baru nanti supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat. Semak lawan baru anda sebelum membuat keputusan.
Semoga berjaya pada musim baru nanti!
































Dijeli na Facebook Podijeli na Twitteru Podijeli na MySpace-u